GALERI MAKMAL KOMUNITI BENUT
1. Komuniti Sasaran
Mengenalkan teknologi dron kepada komuniti sasaran dan aplikasinya dalam pembangunan komuniti tempatan. Mengenal pasti potensi tempatan samada dari segi sumber semula jadi, keunikan sosio budaya serta sejarah bagi tujuan perancangan aktiviti pembangunan akan datang melalui pelaksanaan program ini.
2. Pelajar
Membenarkan pelajar mengetahui tentang latar belakang Mukim Benut melalui penyediaan galeri. Pelajar juga memahami impak penggunaan teknologi kamera dalam pembangunan komuniti tempatan. Pelajar mampu mengaplikasikan kemahiran berkaitan dengan penggunaan kamera.
3. Universiti / Pihak Berkaitan / Berkepentingan
Pihak Universiti dapat membangunkan Benut dengan konsep makmal komuniti yang mengambil kira isu-isu dan permasalahan tempatan. Meningkatkan kualiti pendidikan dan melahirkan masyarakat yang mampu berdikari, kreatif dan inovatif.
4. Pelancongan dan pertumbuhan ekonomi
“Galeri Makmal Komuniti Benut” berpotensi menarik pelancong dan pelawat dari luar komuniti. Kemasukan pelawat ini boleh menyumbang kepada ekonomi tempatan dengan meningkatkan perbelanjaan dalam perniagaan tempatan seperti hotel, restoran dan kedai. Apabila galeri mendapat pengiktirafan dan dikenali sebagai destinasi budaya, ia boleh memacu pelancongan dan mencipta peluang ekonomi baharu untuk masyarakat.