1 RUMAH 1 MUSANG KING

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KAMPONG ORANG ASLI KEDING, ULU SLIM, DAERAH MUALLIM, PERAK.

Sebelum Projek :
i. Pelajar AT65 - Pengembangan Pertanian tidak mempunyai pengalaman melakukan aktiviti 'Transfer knowledge' secara langsung.

ii. Penduduk Kampong Orang Asli Keding tidak mempunyai pengetahuan tentang penanaman dan penjagaaan Pokok Durian Musang King yang memerlukan teknik dan penjagaan rapi, maka pokok tersebut tidak ditanam di mawasan perkampungan tersebut.

Selepas Projek :
i. Pelajar AT65 - Pengembangan Pertanian mendapatkan pengetahuan lebih mendalam dan telah mendapatkan pengalaman melaksanakan aktiviti 'Transfer knowledge' secara langsung kepada penduduk serta meningkatkan pemahaman dan kemampuan berfikir secara kritis semasa aktiviti dilangsungkan.

ii. Penduduk Kampong Orang Asli Keding mendapatkan pengetahuan dan skil penanaman dan penjagaan Pokok Durian Musang King disamping menunjukkan minat yang mendalam
terhadap pertanian dan kesedaran tentang manfaat ekonomi serta ekologi penanaman Pokok Durian Musang King.