BKA

Bahan-bahan pertandingan, Borang Permohonan Kategori 1 dan 2, Syarat-syarat Penyertaan dan Senarai Semak boleh diakses melalui pautan di bawah:

https://tinyurl.com/e-SULAM


OBJEKTIF PERTANDINGAN

Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan dan mengiktiraf pelaksanaan khidmat komuniti secara dalam talian di kalangan pelajar dan pensyarah IPT dengan orang awam, NGO, industri dan agensi berkaitan secara lebih tersusun. Selain itu, ia bertujuan menjadi panduan kepada negara dalam menghadapi norma baharu pasca COVID-19 yang berkaitan dengan khidmat masyarakat.

KATEGORI PERTANDINGAN

Pertandingan ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

1.Projek e-SULAM Terbaik
  • Kategori ini berfokus kepada projek e-SULAM yang telah atau sedang dijalankan bersama komuniti.

2. Projek Konsep e-SULAM Terbaik

  • Kategori ini berfokus kepada projek e-SULAM yang akan dijalankan bersama komuniti.

3. Penyertaan terbanyak IPT

  • Kategori ini berfokus kepada penyertaan terbanyak daripada sesebuah IPT.
  • Bagi setiap cawangan IPT, jika ada, dianggap sebagai satu penyertaan.
  • Setiap penyertaan daripada sesebuah cawangan perlu ditandatangani oleh Rektor/Pengarah cawangan tersebut.

SYARAT PENYERTAAN

  1. Permohonan terbuka kepada kumpulan pelajar IPT (Universiti Awam, Universiti Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti).
  2. Setiap kumpulan adalah terdiri daripada 3 hingga 5 orang pelajar dan seorang pensyarah kursus akademik di mana projek e-SULAM tersebut dijalankan.
  3. Pensyarah kursus tersebut berperanan sebagai penasihat/fasilitator kepada kumpulan pelajar terbabit.
  4. Hanya dua (2) penyertaan sahaja dibenarkan bagi setiap individu yang menjadi ketua kumpulan.
  5. Projek e-SULAM mesti merupakan sebahagian daripada kursus akademik sedia ada yang ditawarkan di IPT tersebut
  6. Setiap penyertaan perlu lengkap dan berdasarkan syarat-syarat yang dinyatakan
  7. Setiap penyertaan perlu bersifat asli (iaitu tiada unsur-unsur plagiat).
  8. Penganjur pertandingan berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat pertandingan dan/atau mempunyai maklumat yang tidak benar
  9. Finalis pertandingan yang terpilih diminta untuk membentangkan projek e-SULAM atau konsep projek e-SULAM di hadapan panel penilai yang dilantik oleh penganjur.
  10. Permohonan MESTI diperakukan oleh Naib Canselor atau yang setaraf*. *Rektor/Presiden/Ketua Eksekutif

KRITERIA PENILAIAN

Semua penyertaan bagi pertandingan ini, kecuali kategori Penyertaan Terbanyak IPT, akan dinilai berasaskan aspek-aspek berikut:Keaslian projek dan/atau idea (20%)

  1. Kreativiti dan inovasi yang diketengahkan (20%)

  2. Potensi untuk projek tersebut dikomersilkan (10%)

  3. Kolaborasi dengan pihak industri, agensi dan/atau NGO (10%)

  4. Kesan projek tersebut ke atas pembelajaran pelajar (pengetahuan, kemahiran dan sikap) (20%)

  5. Manfaat projek tersebut ke atas komuniti yang telah dikenalpasti (20%)

NILAI HADIAH

Nilai hadiah pertandingan adalah seperti berikut:

Kategori Projek e-SULAM Terbaik

  1. Tempat Pertama – Hadiah Wang Tunai Bernilai RM1,500.00, trofi dan sijil

  2. Tempat Kedua – Hadiah Wang Tunai Bernilai RM1,100.00, trofi dan sijil

  3. Tempat Ketiga – Hadiah Wang Tunai Bernilai RM700.00, trofi dan sijil

Kategori Projek Konsep e-SULAM Terbaik

  1. Tempat Pertama – Hadiah Wang Tunai Bernilai RM 500.00, trofi dan sijil

  2. Tempat Kedua – Hadiah Wang Tunai Bernilai RM400.00, trofi dan sijil

  3. Tempat Ketiga – Hadiah Wang Tunai Bernilai RM300.00, trofi dan sijil

Kategori Penyertaan terbanyak IPT

  1. Hadiah wang tunai RM 1,000.00 bagi satu IPT

  2. Trofi

  3. Sijil


Pertandingan e-SULAM INNOVATE 2021





Montaj Pelancaran SULAM