Frequently Ask & Questions.

  • Service Learning Malaysia - University for Society (SULAM)

Khidmat Masyarakat : kerja-kerja kemasyarakatan yang
dilaksanakan secara berkumpulan bagi meringankan beban golongan yang memerlukan
bantuan dalam menjalani kehidupan. Contoh – gotong-royong membersihkan kawasan
persekitaran dan mengecat serta membaiki rumah/bangunan.

Sukarelawan : aktiviti yang dilakukan dengan sukarela
secara individu atau berkumpulan yang memberikan manfaat kepada individu lain
atau masyarakat. Contoh – misi bantuan bencana, pendidikan dan sukan.
SULAM : memberikan
khidmat kepada komuniti melalui penyampaian ilmu yang dipelajari di bilik
kuliah serta kemahiran yang diperolehi bagi menyelesaikan permasalahan setempat
seterusnya meningkatkan kualiti hidup penduduk. Contoh : penanaman cendawan,
pembangunan taman herba, pengajaran katering
dan makanan. 

Ya sekiranya program
dijalankan oleh pelajar dan dikaitkan dengan hasil pembelajaran dalam mana-mana
kursus di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Melalui perancangan yang baik dalam menggabungkan hasil pembelajaran kursus
dengan perkhidmatan, setiap program kesukarelawanan
dan khidmat masyarakat dapat diubah menjadi projek SULAM.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memperkenalkan inisiatif SULAM-Net iaitu pembentukan jaringan SULAM (SULAM-Network). Pembentukan jaringan ini bagi memastikan keterlibatan semua pemegang taruh yang terdiri dari industri, IPT dan juga agensi kerajaan di dalam pelaksanaan projek SULAM yang lebih berkesan dan memberi impak yang besar kepada komuniti. Kerjasama IPT melalui jaringan SULAM-Net dapat menyelaraskan program SULAM di Malaysia agar keperluan sesuatu komuniti dapat dipenuhi secara lebih terancang dan tersusun. Malah jaringan ini boleh diperluaskan ke peringkat antarabangsa yang mampu meningkatkan lagi keupayaan dan keberkesanan SULAM.




Projek SULAM yang dirangka dengan baik mampu menarik
keterlibatan pihak industri dan juga agensi kerajaan
dalam menyediakan sumber peruntukan yang diperlukan.

Portal SULAM yang dibangunkan ini adalah bertujuan menjadi rujukan utama
berkaitan dengan informasi SULAM. Portal tersebut dibangunkan dengan kerjasama
Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia
(UPM). Portal ini menyediakan satu ruang perkongsian permasalahan yang dihadapi
oleh komuniti. Pihak industri dan agensi
juga boleh mengakses permasalahan yang dikemukakan oleh komuniti. Dengan ini
pihak IPT, industri dan agensi yang
relevan dapat mengenal pasti kerjasama yang boleh dijalankan bagi membantu
komuniti tersebut.




Tidak : Jika hanya ingin melayari sebarang maklumat, hebahan atau aktiviti-aktiviti yang
dipaparkan di Portal ini.

Ya : Jika ingin terlibat
di dalam aktiviti SULAM samada sebagai pihak IPT (melalui penyelaras SULAM), komuniti, industri atau agensi kerajaan.




Perlu mendaftar sebagai pengguna baharu terlebih dahulu dengan memilih
simbol ibu kunci yang ada di bahagian atas sebelah kanan portal. Kemudian maklumat
yang diperlukan perlu dihantar melalui portal ini termasuk memilih peranan sama
ada sebagai Komuniti atau Industri/ Agensi Kerajaan sebelum kebenaran akses
diberikan oleh pihak admin.




Satu emel pengesahan dari pihak admin akan dihantar ke
emel pemohon.

Setelah mendaftar masuk sebagai Industri/ Agensi Kerajaan atau
penyelaras SULAM IPT
, setiap permasalahan yang telah diluluskan pihak admin
boleh dilihat.




Ya. Pengguna perlu mengakses maklumat di tab aktiviti/ program yang sedang dijalankan di
halaman utama portal.