Pertandingan E-sulam Innovate 2021
OBJEKTIF PERTANDINGAN
Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan dan mengiktiraf pelaksanaan khidmat komuniti secara dalam talian di kalangan pelajar dan pensyarah IPT dengan orang awam, NGO, industri dan agensi berkaitan secara lebih tersusun. Selain itu, ia bertujuan menjadi panduan kepada negara dalam menghadapi norma baharu pasca COVID-19 yang berkaitan dengan khidmat masyarakat.
KATEGORI PERTANDINGAN
Pertandingan ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
1. Projek e-SULAM Terbaik- Kategori ini berfokus kepada projek e-SULAM yang telah atau sedang dijalankan bersama komuniti.
- Kategori ini berfokus kepada projek e-SULAM yang akan dijalankan bersama komuniti.
3. Penyertaan terbanyak IPT
- Kategori ini berfokus kepada penyertaan terbanyak daripada sesebuah IPT.
- Bagi setiap cawangan IPT, jika ada, dianggap sebagai satu penyertaan.
- Setiap penyertaan daripada sesebuah cawangan perlu ditandatangani oleh Rektor/Pengarah cawangan tersebut.