Hebahan Pertandingan Sulam Innovate Ke-3 (sulam Ideation, Invention, And Innovation Challenge)
PERTANDINGAN SULAM INNOVATE KE-3 (SULAM IDEATION, INVENTION, AND INNOVATION CHALLENGE)
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) ingin mempelawa penyertaan daripada institusi YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dalam Pertandingan Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) INNOVATE Ke-3 dengan menghebahkannya kepada para pensyarah dan mahasiswa. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan dan mengiktiraf pelaksanaan SULAM bersama komuniti dalam kalangan pelajar dan pensyarah IPT dengan penglibatan orang awam, badan bukan kerajaan, industri dan agensi berkaitan secara lebih tersusun.
3. SULAM merupakan sebuah inisiatif utama Kementerian Pendidikan Tinggi yang menghubungkan peranan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan komuniti khususnya dalam usaha menyelesaikan isu masyarakat ke arah peningkatan sosio-ekonomi setempat.
4. Untuk makluman, penyertaan pertandingan SULAM INNOVATE Ke-3 dibuka dari 16 Jun 2025 sehingga 31 Julai 2025. Segala maklumat berkaitan pertandingan tersebut boleh diakses dengan mengimbas QR kod seperti di bawah:
