PROGRAM KAUNSELING KOMUNITI: MEMBANTU DENGAN EMPATI (PENDIDIKAN SULAM: KHIDMAT KAUNSELING DI KOMUNITI)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan -PLPP Bangi

A. Kepada Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU):
i. Meningkatkan emosi, sosial dan keyakinan diri.
ii. Kehadiran fasilitator dan aktiviti interaktif menceriakan suasana harian.
iii. Mengurangkan rasa terasing dan meningkatkan semangat.
iv. Merasa dihargai, disayangi dan diberi perhatian oleh masyarakat.
v. Membina rasa percaya diri dan motivasi untuk berusaha dalam kehidupan.
vi.Mengasah kemahiran komunikasi dan sosial dalam suasana positif.
vii.Mewujudkan persekitaran inklusif – rasa sebahagian daripada masyarakat.
viii.Memberi kesan jangka panjang terhadap kesejahteraan mental dan emosi.

B. Kepada Fasilitator:
i.Memupuk nilai empati, tanggungjawab sosial dan keprihatinan.
ii.Mengasah kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan.
iii.Meningkatkan kesedaran terhadap cabaran yang dihadapi oleh golongan OKU.
iv.Menyumbang kepada pembangunan sahsiah diri dan semangat kesukarelawanan.
v.Memberi perspektif baharu terhadap kesejahteraan sosial.
vi.Membentuk fasilitator menjadi individu yang lebih prihatin, profesional dan bersedia menyumbang kepada masyarakat.