DETEKTIF KESELAMATAN DAN KESIHATAN
Impak Kepada Pelajar Memberi pengalaman dunia sebenar dalam menganalisis dan menyelenggara sistem penyamanan udara di persekitaran komuniti. Meningkatkan kemahiran teknikal pelajar sejajar dengan hasil pembelajaran kursus BBA40303. Meningkatkan kemahiran insaniah (soft skills) seperti komunikasi profesional, kerja berpasukan, kepimpinan, penyelesaian masalah, dan pemikiran kritikal. Menggalakkan pelajar untuk menjadi agen perubahan sosial yang peka terhadap keperluan masyarakat. 2. Impak Kepada Komuniti (Pihak Masjid & Penduduk Setempat) Meningkatkan keselesaan persekitaran masjid melalui penambahbaikan sistem penyamanan udara. Memberi kesedaran kepada pihak masjid tentang keperluan penyelenggaraan berkala dan penjagaan sistem HVAC. Menyediakan laporan teknikal dan cadangan penambahbaikan secara profesional, yang dapat dijadikan rujukan jangka panjang oleh pihak pengurusan masjid. 3. Impak Kepada Institusi / Universiti Meningkatkan keterlihatan program akademik (FPTV – BBA40303) dalam kalangan masyarakat setempat. Mewujudkan jaringan kerjasama antara universiti dan komuniti, yang berpotensi diperluaskan untuk kolaborasi masa hadapan. Menunjukkan komitmen universiti dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) seperti: SDG 3 – Kesihatan dan Kesejahteraan SDG 4 – Pendidikan Berkualiti SDG 9 – Inovasi dan Infrastruktur SDG 11 – Komuniti dan Penempatan Mampan
