LINEQUES A.R.M (AUTONOMOUS ROBOTIC MECHANISM)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Program ini memberi impak positif kepada pelajar dengan meningkatkan minat dan pencapaian dalam mata pelajaran Sains serta membantu mereka memahami konsep-konsep sains dengan lebih mendalam. Melalui aktiviti berasaskan silibus dan penyelesaian masalah, pelajar membina kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan menghargai aplikasi sains dalam kehidupan seharian. Bagi pelajar universiti, program ini menyediakan peluang mengaplikasikan ilmu teori dalam situasi sebenar, sekali gus memantapkan kemahiran komunikasi dan pemikiran kritis. Program ini turut memperkukuh hubungan antara universiti dan sekolah rendah serta mewujudkan jaringan kerjasama pendidikan yang saling menguntungkan. Pelajar sekolah rendah didedahkan kepada aktiviti sains yang menyeronokkan dan interaktif, memupuk kecintaan terhadap bidang sains sejak awal. Dari sudut kelestarian, program ini meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar dan penggunaan sumber secara bijak. Ia turut memperkenalkan konsep sains kelestarian kepada generasi muda dan membina asas kepada program pendidikan sains berterusan yang berkualiti dan mampan.