EKSPLORASI STEM SEKOLAH RENDAH 2023

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PERLING 2

Program ini menekankan impak STEM dalam pembelajaran dan pembangunan yang
mengintegrasikan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Pendekatan ini adalah untuk melatih para pelajar untuk membangunkan pelbagai kemahiran utama termasuk, kemahiran berfikir, inovatif, penyelesaian masalah, kreativiti dan menganalisis. Oleh itu, mempelajari ilmu berkaitan STEM amat berguna dalam menyediakan para pelajar untuk menghadapi cabaran dalam dunia sebenar.