"SEJARAHVERSE: DUNIA DULU KINI - JEJAK SILAM DALAM ALAM BAHARU"
Dari sudut murid sekolah, impak atau manfaat paling ketara ialah peningkatan minat dan pemahaman mereka terhadap kandungan sejarah negara. Melalui pendekatan interaktif dan kaedah pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning), murid dapat mengenali tokoh, peristiwa dan warisan budaya negara dengan lebih mudah difahami serta menyeronokkan. Aktiviti seperti kuiz sejarah, teka-teki, permainan tradisional dan simulasi pembentukan negara telah berjaya menghubungkan fakta sejarah dengan pengalaman harian mereka, lantas menjadikan sejarah lebih relevan dalam kehidupan seharian. Selain itu, aktiviti berkumpulan yang dijalankan juga telah menggalakkan kemahiran komunikasi, semangat kerja berpasukan, dan daya kepimpinan dalam kalangan murid secara tidak langsung.
