PEMERKASAAN BAHASA INGGERIS MELALUI PENDEKATAN MULTIBAHASA: INISIATIF INTERAKTIF DI SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH (SBJK)
Impak kepada komuniti sasaran: komuniti memberi respon yang positif terhadap projek kami, mereka telah mempelajari banyak perkara baru dan bersemangat untuk mempelajari bahasa Inggeris pada masa akan datang. Impak kepada ahli kumpulan: Dari aspek tatasusila, kami dapati bahawa, kami perlu menjaga pertuturan dan tidak menyentuh topik-topik yang sensitif seperti topik yang berkaitan dengan “keluarga” khususnya. Kami telah mempelajari cara beradaptasi semasa menjalankan projek ini dengan menggunakan slaid dan video.
