PROGRAM SULAM: KEPENTINGAN LITERASI MEDIA DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Komuniti Kampung Menderang, Sungkai Perak

Berdasarkan temubual dengan beberapa orang komuniti kampung, projek SULAM telah memberi impak positif dalam meningkatkan pemahaman tentang undang-undang. Responden menyatakan bahawa mereka kini lebih peka terhadap hak-hak mereka sebagai warganegara, terutamanya dalam konteks undang-undang yang mempengaruhi kehidupan seharian mereka. Pengetahuan ini memberi mereka rasa lebih selamat dan yakin dalam berurusan dengan pihak berkuasa atau menangani isu yang melibatkan perundangan.
Selain itu, projek ini membantu mengurangkan kekeliruan terhadap sistem perundangan, yang kadangkala boleh menyebabkan salah faham atau ketegangan dalam masyarakat. Penduduk kini lebih faham mengenai proses undang-undang dan langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya terlibat dalam masalah perundangan.
Secara keseluruhan, projek SULAM memberi manfaat besar kepada komuniti dalam memahami aspek-aspek undang-undang yang berkaitan dengan kehidupan mereka. Ini meningkatkan keyakinan mereka terhadap sistem perundangan dan memberikan mereka kuasa untuk bertindak lebih bijak apabila berhadapan dengan isu-isu undang-undang.