PLASTIC FREE MARKET
Impak Sebelum dan Selepas Kempen Plastic Free Market
1. Kesedaran tentang pencemaran plastik
Berdasarkan soal selidik terhadap 85 pengunjung pasar malam dan 67 peniaga, tahap kesedaran tentang pencemaran plastik sudah agak tinggi sebelum kempen (min pengunjung 4.62, peniaga 4.03). Selepas kempen, kesedaran ini menjadi lebih baik dengan min pengunjung 4.45 dan peniaga 4.33.
2. Usaha/Niat mengurangkan plastik
Sebelum kempen, usaha pengunjung untuk mengurangkan penggunaan plastik berada pada tahap sederhana (min 3.96). Selepas kempen, niat ini meningkat dengan jelas (min 4.21), menunjukkan pengunjung lebih bersedia mengamalkan gaya hidup mesra alam.
3. Pilihan pembungkusan mesra alam
Sebelum kempen, pengunjung kurang memilih vendor mesra alam (min 3.78). Selepas kempen, meningkat kepada 4.27 dengan 80.7% responden menyatakan kesanggupan memilih pembungkusan mesra alam walaupun kos lebih mahal.
4. Keselesaan menggunakan beg/bekas guna semula
Sebelum kempen, ramai pengunjung berasa tidak selesa membawa beg atau bekas sendiri ke pasar malam (min 2.58). Selepas kempen, tahap penerimaan meningkat dengan 80% responden menyatakan kesediaan membawa bekas guna semula (min 4.20).
5. Sokongan kepada caj beg plastik RM0.20
Sebelum kempen, tahap sokongan sudah tinggi (75% setuju, min 4.0). Selepas kempen, sokongan ini kekal tinggi dengan lebih ramai responden memilih strongly agree.
6. Kesediaan menyertai kempen atau latihan
Sebelum kempen, minat menyertai kempen atau latihan berada pada tahap sederhana (min 3.96–4.26). Selepas kempen, semakin ramai pengunjung menunjukkan kesediaan untuk menyertai program susulan (min 4.33–4.41).
7. Amalan peniaga terhadap penggunaan plastik
Sebelum kempen, peniaga masih menggunakan antara 100–400 plastik seminggu, dengan kos menjadi halangan utama untuk beralih kepada pembungkusan mesra alam. Selepas kempen, peniaga lebih bersedia untuk menukar kepada alternatif mesra alam sekiranya harganya berpatutan, serta menyokong subsidi atau inisiatif kewangan (min 4.39–4.51).
