PROJEK SERVICE LEARNING - SULAM BERSAMA KOMUNITI
Projek SULAM yang bertemakan STEM bersama komuniti telah berjaya dijalankan 3 Januari
hingga 5 Januari 2025. Sebanyak 7 modul yang berkonsep STEM telah berjaya dilaksanakan.
Seramai 36 orang anak komuniti di sekitar Kampung Sayong Tengah, Kuala Kangsar, Perak
telah menyertai program ini. Peserta terdiri dari pelajar berumur 8 tahun hingga 14 tahun.
Selepas kesemua modul dilaksanakan, para fasilitator dapat mengenalpasti sama ada sesi
transfer knowledge ini berjaya ataupun sebaliknya melalui borang maklum balas yang
diedarkan kepada peserta.
