PELAKSANAAN PROGRAM SULAM NUSANTARA OUTREACH TO YOGYAKARTA UPSI-UMBY & SOCIAL MEDIA MARKETING
Sebelum menyertai program SULAM antarabangsa ini, pelajar terlibat memiliki kemahiran komunikasi yang terhad hanya kepada akademik dan tempatan sahaja, kurang berpengalaman dalam refleksi berstruktur, dan beberapa pelajar terlibat juga tidak berpengalaman dalam kolaborasi rentas universiti. Penyertaan pelajar terlibat dengan program SULAM antarabangsa ini menyebabkan mereka lebih yakin berkomunikasi dalam konteks antarabangsa dan lintas budaya.
