STS SULAM:YOUNG SCIENTIST-EXPLORE THE SCIENCE
Pelaksanaan Hari Biologi di bawah Program Young Scientist: Explore the Science telah berlangsung dengan jayanya dan berjaya mencapai sasaran objektif iaitu memperkasakan kefahaman dan minat pelajar terhadap subjek Biologi melalui pendekatan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, interaktif dan berasaskan pengalaman. Penganjuran program ini juga telah membuka ruang pembelajaran yang bersifat dua hala antara fasilitator dan mentee serta menyediakan peluang kepada pelajar universiti untuk mengaplikasikan teori pedagogi dalam situasi sebenar.
Program ini turut memperlihatkan komitmen dan kerjasama erat antara pelbagai pihak seperti pihak sekolah, pensyarah, fasilitator dan penaja sekali gus memperkukuhkan hubungan strategik antara institusi pengajian tinggi dan komuniti sekolah. Kejayaan pelaksanaan dua fasa program ini juga menunjukkan potensi besar model PBL dan flipped classroom dalam membantu pelajar membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta pemahaman mendalam terhadap konsep dalam subjek Biologi.
