MATH-TASTIC
Pelajar
- Memberi pengalaman dalam mengendalikan program dan menguruskan aktiviti dengan lebih teratur.
- Meningkatkan kemahiran komunikasi dalam menyampaikan maklumat dan bekerjasama dengan ahli lain.
- Meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam merancang dan memimpin aktiviti serta menyelesaikan cabaran bersama.
- Menggalakkan sikap bertanggungjawab dan inisiatif dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ahli jawatankuasa.
Komuniti Sasaran
- Memberi peluang kepada pelajar untuk mengulang kaji dan memperbaiki pemahaman terhadap konsep yang telah dipelajari.
- Menyediakan pelajar Tahun 6 untuk transisi ke sekolah menengah dengan memperkenalkan konsep seperti kuasa atau indeks melalui aktiviti permainan.
- Membangunkan kemahiran sosial dan kendiri dengan bekerjasama dalam kumpulan dan berkomunikasi secara efektif.
- Merangsang pemikiran kritis dan kreatif dengan teka-teki logik dan penyelesaian masalah.
