JSKP CARE @ COMMUNITY: KEBUN KOMUNITI USJ 14
Berdasarkan permintaan pihak Jabatan dan Fakulti, saya telah melaksanakan program yang selaras dengan hasrat Naib Canselor UPM untuk melestarikan sektor pertanian. Program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan, dan komuniti yang terlibat dikenal pasti sebagai calon yang sesuai untuk dijadikan komuniti angkat kepada jabatan. Komuniti ini juga berpotensi menjadi perintis kepada pelaksanaan projek dan aktiviti jabatan pada masa hadapan, khususnya dalam aspek pembangunan komuniti dan kelestarian pertanian. Lebih penting lagi, pelajar telah dilibatkan secara aktif dalam menyampaikan ilmu kepada komuniti setempat melalui Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Komuniti dan CARE, selaras dengan objektif SULAM. Mereka bukan hanya menyumbang tenaga kerja, tetapi turut mengendalikan sesi perkongsian ilmu seperti demonstrasi dan pengurusan pertanian seperti Fertigasi, Hidroponik serta penyediaan biji benih untuk hidroponik serta penerapan teknologi mudah dalam amalan harian. Pendekatan ini bukan sahaja memperkasa komuniti melalui pemindahan ilmu, tetapi juga memberi ruang kepada pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran pembangunan komuniti dalam konteks dunia sebenar.
