CITIZEN SCIENTISTS: KNOW YOUR WATER QUALITY
PELAJAR
Pelajar mendapat pendedahan langsung
kepada teknik pensampelan dan analisis
air seperti pH, BOD, COD, nitrat, fosfat dan ammonia. Ini membantu meningkatkan kemahiran saintifik mereka serta kesedaran terhadap isu alam sekitar. Aktiviti ini turut membina keyakinan diri, semangat kerjasama, kemahiran komunikasi dan
kepimpinan melalui pembelajaran berasaskan komuniti. Selain itu, pelajar
dapat menghubungkan teori yang dipelajari dalam bilik kuliah dengan aplikasi sebenar di lapangan, menjadikan pengalaman pembelajaran lebih bermakna. KOMUNITI
Komuniti setempat mendapat pendedahan
kepada cara menguji kualiti air secara mudah
dan memahami makna data yang diperoleh.
Hal ini meningkatkan literasi sains dan kesedaran terhadap kepentingan menjaga
sumber air. Program ini turut memperkasakan
komuniti untuk lebih
peka dan aktif
menyuarakan isu alam
sekitar dan memupuk
nilai cintakan alam
sekitar. UNIVERSITI
Universiti memperkukuh
peranannya sebagai
sumber ilmu kepada
masyarakat. Melalui
program ini, universiti
berjaya membina
jaringan kerjasama
dengan pihak berkuasa
tempatan, NGO dan
sekolah, serta
mempromosikan nama
baik institusi di
peringkat komuniti
