TECH LEADER IN ACTION : MENEROKA KEPIMPINAN DALAM ERA TEKNOLOGI DIGITAL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KEMUNING 2

1. Melalui simulasi dan aktiviti praktikal, pengawas lebih bersedia memimpin dalam dunia sebenar berasaskan teknologi, mereka bukan sahaja belajar mengenai teori kepimpinan, malah dapat mengaplikasikan dalam tugasan dan situasi mencabar yang menyerupai realiti.

2. Aktiviti seperti roleplay sebagai "CEO for a Day" memberi ruang kepada peserta untuk membuat keputusan, memberi arahan, dan menyusun strategi. Hal ini membantu membina keyakinan diri serta memperkukuh kecekapan bertindak di bawah tekanan.

3. Melalui kerja kumpulan seperti aktiviti treasure hunt dan cabaran kepimpinan, peserta dapat memupuk semangat berpasukan, kepercayaan, serta komunikasi dua hala yang merupakan elemen penting untuk kejayaan organisasi atau pasukan pelajar.

4. Program ini menyampaikan mesej berkaitan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab, serta meiningkatkan kesedaran pelajar terhadap etika digital seperti privasi data, penggunaan media sosial yang berhemah, dan peranan mereka dalam masyarakat.

5. Pelajar yang terlibat secara aktif diberi pengiktirafan melalui markah PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum).

6. Program ini dapat menjadi titik permulaan budaya kepimpinan baharu di sekolah, iaitu kepimpinan yang bukan sahaja bergantung kepada hierarki atau autoriti, tetapi juga kepada inovasi, empati dan kecekapan teknologi, selari dengan aspirasi melahirkan pelajar holistik dan berdaya saing.
1. Memperkukuh kerjasama antara universiti dan organisasi luar: Kerjasama antara UiTM dan Belia Prihatin Perak membuka peluang untuk inisiatif bersama, memperkayakan penglibatan universiti dalam komuniti tempatan.

2. Penerapan pengetahuan akademik dalam praktikal: Kerjasama ini membuka peluang untuk memperkayakan penglibatan universiti dalam komuniti tempatan.
1. Meningkatkan kesedaran tentang penggunaan teknologi secara bertanggungjwab.

2. Mengeratkan hubungan antara komuniti dan institusi pendidikan iaitu melalui kerjasama dengan Belia Prihatin Perak yang dapat menyumbang kepada tanggungjawab sosial dan pembangunan bersama.