QURANIC OUTREACH PROGRAMME

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS MAAHAD TAHFIZ AN-NABAWI, LANGKAWI

Sebelum Pelaksanaan Projek:
1. Kesedaran Terhad terhadap Kaedah Hafazan dan Penghayatan Al-Quran
Sebelum program ini dijalankan, kebanyakan peserta hanya menumpukan kepada hafazan tradisional tanpa memahami makna dan aplikasi ayat-ayat Al-Quran dalam kehidupan harian.
Kefahaman terhadap tadabbur Al-Quran masih rendah, menyebabkan kurangnya refleksi terhadap nilai-nilai yang terkandung dalam Al-Quran.
Kurangnya Aktiviti Interaktif dan Praktikal

2.Proses pembelajaran Al-Quran lebih bersifat teori dan kurang menekankan aspek tajwid dan pengulangan secara interaktif

3.Ukhuwah dan Semangat Belajar yang Kurang Kukuh

Selepas Pelaksanaan Projek:
1. Peningkatan Kaedah Hafazan dan Penghayatan Al-Quran

Peserta bukan sahaja menghafal tetapi lebih memahami makna ayat-ayat suci Al-Quran serta bagaimana mengaplikasikannya dalam kehidupan.
Aktiviti tadabbur dan refleksi telah membuka ruang untuk peserta menyelami hikmah di sebalik ayat-ayat yang dipelajari.

2.Kaedah Pembelajaran Lebih Interaktif dan Menarik

Program ini memperkenalkan pendekatan pembelajaran yang lebih dinamik melalui sesi bengkel, diskusi, dan aktiviti luar seperti rehlah tadabbur.

3.Pembentukan Ukhuwah dan Semangat Belajar yang Lebih Tinggi

Program ini berjaya mengeratkan hubungan sesama peserta serta dengan masyarakat setempat melalui aktiviti berkumpulan dan kolaborasi.
Semangat untuk terus belajar dan mengamalkan ilmu Al-Quran semakin meningkat, menjadikan mereka lebih bermotivasi untuk memperbaiki diri dari segi akademik dan spiritual.