PROJEK SULAM FKEE 2025: PERKONGSIAN ILMU SOLAR FOTOVOLTA
Peningkatan Minat dalam STEM: Aktiviti hands-on seperti cabaran kereta belon dan percetakan 3D menjadikan subjek sains dan teknologi lebih menyeronokkan, praktikal dan mudah difahami. Pengasahan Kreativiti dan Inovasi: Pelajar digalakkan berfikir di luar kotak untuk mereka bentuk kereta belon yang efisien serta memahami konsep reka bentuk digital dalam 3D printing. Pendedahan Awal kepada Teknologi Terkini: Memberi peluang kepada pelajar luar bandar untuk merasai penggunaan teknologi sebenar yang digunakan dalam industri aeronautik dan kejuruteraan. Pemupukan Kemahiran Abad ke-21: Aktiviti berpasukan, penyelesaian masalah, dan komunikasi diperkukuh melalui cabaran serta demonstrasi yang dijalankan secara interaktif. Membina Jambatan Universiti-Komuniti: Memberi ruang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan fasilitator universiti dan mengenali laluan kerjaya dalam bidang berkaitan.
