“KESEDARAN HARI INI, HARAPAN ESOK: PERANGI KANSER PAYUDARA”
Impak utama program ini adalah pemerkasaan individu, iaitu memberi kuasa
kepada wanita untuk mengambil tanggungjawab aktif terhadap kesihatan mereka sendiri.
Ini termasuklah galakan untuk menjalani pemeriksaan sendiri payudara (PSP) secara
berkala dan mendapatkan saringan mammogram mengikut saranan pakar kesihatan.
Program ini juga menyumbang kepada perubahan gaya hidup sihat, dengan
menggalakkan kesedaran tentang keperluan memantau perubahan fizikal pada
payudara dan menjalankan PSP setiap bulan. Kesedaran ini membolehkan pengesanan
awal sekiranya berlaku tanda-tanda yang mencurigakan.
