LEVEL UP: CAREER GOALS & FINANCIAL GROWTH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KEMUNING 2

Pelajar akan memahami konsep freelancer, e-dagang, dan peluang pendapatan atas talian yang sah dan beretika, sekaligus memberi inspirasi untuk menjana pendapatan sampingan dengan cara yang produktif dan selamat. Pelajar BA262 4C UiTM dapat mengasah kemahiran seperti komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, dan pengurusan masa melalui pengalaman merancang dan melaksanakan program ini dari awal hingga akhir. Program ini membuka ruang kepada IMIKA untuk melibatkan diri dalam pendidikan komuniti dan membina hubungan strategik jangka panjang bersama institusi pengajian tinggi. Dengan pendekatan interaktif seperti kuiz dan permainan, pelajar lebih mudah mengaitkan ilmu kewangan dan kerjaya dengan situasi kehidupan sebenar secara santai dan menyeronokkan. Melalui penyertaan IMIKA yang mempamerkan dan memperkenalkan peranti seperti laptop yang bersesuaian untuk pembelajaran, pelajar mendapat maklumat dan peluang untuk memiliki alat bantu belajar yang boleh menyokong prestasi akademik mereka. Program seperti ini menunjukkan komitmen universiti dalam melaksanakan tanggungjawab sosial, yang boleh memperkuatkan imej universiti sebagai institusi yang prihatin terhadap masyarakat dan sekeliling.