HIJAU BERSAMA WARISAN TERPELIHARA
Sebelum: Komuniti kurang cakna tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan kitar semula bahan buangan. Komuniti juga kurang terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan sesama penduduk.
Selepas: Program ini membawa manfaat besar kepada komuniti setempat di Zon Melor, Ambangan Heights. Aktiviti dilaksanakan dapat memupuk semangat kebersamaan dan kepedulian sosial dalam kalangan penduduk tempatan. Selain itu, program ini mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga alam kitar semula dan amalan kelestarian, yang mempunyai impak positif jangka panjang terhadap alam sekitar.
