WORLD WATER MONITORING ECO CHALLENGE 2025
Projek World Water Monitoring Day Eco Challenge 2025 memberikan impak positif yang signifikan kepada komuniti khususnya pelajar don guru dari SMK Sungai Bayor, Perak. Salah satu impak utama ialah perubahan sikap terhadap pemuliharaan alam sekitar, terutamany dalam aspek penjagaan kualiti air. Melalui aktiviti yang interaktif seperti demonstrasi pengukuran air don sesi pameran, pelajar sekolah didedahkan secara langsung kepada pentingnya menjaga kebersihan sungai don sumber air setempat. Pendedahan ini mampu menanam kesedaran awal dalam diri pelajar untuk lebih menghargai don bertanggungjawab terhadap alam sekitar, sekali gus mengubah sikap pasif kepada tindakan yang lebih proaktif.

 
                                                 
                                                