AIR WARISAN NADI KEHIDUPAN

UNIVERSITI MALAYA Kolej Tingkatan Enam Pontian

Kita perlu berkongsi pengetahuan tentang air dengan masyarakat asli Kampung Orang Asli Batu 16 dengan mempersembahkan kaedah penapisan air semulajadi menggunakan bahan yang terdapat di hutan.

Memperkuatkan hubungan antara pelajar dan komuniti melalui aktiviti STEM dan seni seperti kolaj dan lukisan air warna semulajadi, sambil belajar tentang penghasilan warna menggunakan bahan semulajadi seperti flora, juga membentuk penghargaan terhadap air. Dengan mengakui dan menyokong amalan tradisional Orang Asli, seperti animisme dan penggunaan tumbuhan ubatan, projek ini dapat membantu memelihara budaya dan pengetahuan asli mereka. Ini pula boleh meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Orang Asli di Kampung Batu 16 dengan menyediakan pemahaman mengenai tujuan kita dalam menjalankan aktiviti penapisan air untuk meningkatkan kualiti air yang tercemar dan menggalakkan gaya hidup sihat.

Pengurusan lestari sumber air dan ekosistem sejajar dengan agenda alam sekitar global, termasuk Matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Memelihara sumber semulajadi memberi manfaat bukan hanya kepada komuniti tempatan tetapi juga menyumbang kepada usaha kebolehtahanan iklim dan pemeliharaan kepelbagaian biologi yang lebih luas.