MINI JERAYAWARA KEWANGAN ISLAM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KEMUNING 2

Mini jerayawara kewangan Islam bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti di Puncak Alam terhadap produk-produk kewangan Islam, kepentingan dan kelebihan yang ditawarkan. Program ini mendapat kerjasama Lotus's untuk menggunakan premis mereka bagi sesi perkongsian dengan masyarakat. Pelajar juga dapat berinteraksi dan mempraktiskan ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari dengan mengajar dan memberi penerangan kepada masyarakat.