PROGRAM PERKAMPUNGAN SENI: MANIPULASI SENI VISUAL (FOTOGRAFI) DAN KECERDASAN BUATAN (AI) WARISAN ALAM DI KUALA TAHAN, PAHANG
IMPAK PROJEK SEBELUM PROGRAM: Program yang dirancang bagi membolehkan peranan seni visual dalam mempertahankan dan meneruskan warisan alam (budaya dan ekologi), didokumenkan dengan menampilkan karya seni visual yang mencerminkan cerita-cerita tradisi budaya setempat yang berkait rapat dengan alam sejadi. Program ini juga dilihat dapat merangsang inovasi dan kreativiti di antara peserta yang terdiri dari kalangan penyelidik, seniman, aktivis, pelajar, pensyarah dan komuniti asli yang berperanan untuk membawa gagasan-gagasan segar dan perspektif baru dalam penghasilan karya seni visual yang memfokuskan kepada kelestarian warisan alam. Selain itu, program ini juga turut mensasarkan beberapa bentuk dokumentasi seperti karya seni visual (fotografi alami dan digital, serta karya ilustrasi) yang dihasilkan, sebagai sebuah usaha kreatif 'hijau' yang menjadi konsep kelesuruhan program agar dapat membantu dalam memelihara dan melindungi warisan alam melalui karya seni tersebut bagi tatapan generasi akan datang.
IMPAK PROJEK SELEPAS PROGRAM: Program ini menganjurkan pelbagai aktiviti berkaitan pendidikan ekologi, seni visual, media dan teknik mesra alam, media digital dan sesi perkongsian bersama komuniti setempat selama 3 hari 2 malam dengan kerjasama dan kolaborasi dengan badan-badan kerajaan, NGO dan institusi secara maksima. Program ini berjaya memindahkan pengetahuan (transfer knowledge) kepada peserta program dan komuniti stetempat yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk memahami kaitan antara seni, teknologi, dan warisan alam bagi meningkatkan semangat cintakan alam sekitar, hidupan liar, perpaduan masyarakat melalui setiap aktiviti apresiasi, manipulasi dan integrasi seni tentang warisan alam dan ekologi. Program ini juga berjaya mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) dan proses alami, dimana peserta program dan komuniti yang terlibat dapat menghasilkan karya-karya seni visual yang inovatif dan kreatif dengan membuka peluang serta cabaran baru dalam berkarya. Program ini juga telah mendapat liputan akhbar tempatan atas penganjurannya dalam berkongsi ilmu dan meningkatkan pemahaman komuniti orang asli setempat di Kuala Tahan tentang nilai dan keunikan warisan alam Kuala Tahan Jerantut Pahang melalui interpretasi kreatif dan teknologi alam dalam Pameran Integrasi Seni Warisan Alam yang ditaja oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia pada 16 hingga 21 Disember 2024.
