SULAM MALAYSIA-BRUNEI SCREEN SAVVY - PROTECT YOUR EYES!

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 1. PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PUNCAK ALAM 2. PELAJAR UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

Program “Screen Savvy – Protect Your Eyes” memberi impak besar dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar mengenai pencegahan keletihan mata digital. Melalui pendedahan teknik 20-20-20 dan prinsip ergonomik ruang kerja, peserta dapat mengaplikasikan amalan yang lebih sihat seperti menjaga jarak pandangan ke skrin, penggunaan pencahayaan yang sesuai serta postur duduk yang betul. Langkah ini bukan sahaja membantu mengurangkan risiko digital eye strain, mata kering, dan sindrom penglihatan komputer (CVS), malah turut meningkatkan produktiviti serta prestasi pembelajaran pelajar. Selain itu, program ini turut berperanan memberi kesedaran berkenaan penjagaan penglihatan dan kesihatan mata dikalangan pelajar universiti. Secara keseluruhan, program ini berjaya melahirkan komuniti kampus yang lebih peka terhadap penjagaan kesihatan mata, di samping memperkukuh peranan pelajar Optometri sebagai penyumbang aktif kepada kesejahteraan warga universiti.