E-PORTFOLIO KREATIF: MELAKAR MASA DEPAN
1. Kepada Pelajar UPSI (Mentor)
SEBELUM PROJEK
- Kurang pendedahan kepada situasi bimbingan sebenar dalam konteks pendidikan seni persembahan di peringkat sekolah menengah.
- Kemahiran komunikasi profesional, pedagogi kreatif, dan pengurusan projek masih terhad kepada tugasan akademik dalam kelas.
- Tiada pengalaman mendokumentasi proses kerja seni pelajar lain secara sistematik untuk tujuan portfolio.
SELEPAS PROJEK
-Meningkatkan kemahiran komunikasi dan bimbingan melalui interaksi mentor–mentee secara individu.
-Memperkasa kemahiran pedagogi kreatif yang berfokus kepada keperluan pelajar sekolah seni dan implikasi kerjaya masa hadapan
-Memahami keperluan industri seni teater melalui proses temu bual dan analisis keperluan.
-Mampu menghasilkan dokumentasi portfolio yang profesional dan mesra industri, sekaligus mengasah kemahiran reka bentuk digital menggunakan Canva dan Flipbook.
-Membangunkan rasa tanggungjawab sosial sebagai agen perubahan dalam pendidikan seni persembahan kepada generasi anak seni yang berikutnya.
2. Kepada Pelajar Sekolah Seni (Mentee)
SEBELUM PROJEK
-Tiada portfolio diri yang lengkap dan profesional, terutamanya dalam mendokumentasi karya lakonan, pementasan, atau pencapaian seni.
-Kurang pendedahan kepada teknik dokumentasi dan pemasaran diri dalam bidang seni persembahan.
-Bahan promosi atau dokumentasi sedia ada tidak teratur, kurang menarik, dan tidak memenuhi piawaian industri.
SELEPAS PROJEK
-Memiliki e-Portfolio digital yang teratur, menarik, dan menepati piawaian industri kreatif di Malaysia.
-Meningkatkan kemahiran digital, termasuklah penggunaan medium Canva dan Flipbook untuk persembahan e-Portfolio
-Lebih yakin memperkenalkan identiti seni mereka kepada pihak industri mahupun pihak institusi pengajian tinggi jika ingin mennyambung pengajian.
-Memahami kepentingan dokumentasi profesional dalam perkembangan kerjaya seni masa depan.
-Menguasai asas penjenamaan diri (personal branding) sebagai anak seni.
