PROGRAM EDUCONNECT@KG.AIR BANUN
Sebelum pelaksanaan program, komuniti tidak terdedah dengan aktiviti yang disediakan oleh pelajar. Antara aktiviti yang disediakan seperti pengurusan stress, crossword challenge, baling kelapa dan engage game. Pelajar juga tidak pernah melaksanakan program bersama orang asli. Selepas pelaksanaan program, komuniti menyedari aspek pengurusan emosi yang betul, aspek kerjasama dalam kumpulan dan kepimpinan. Bagi pelajar, mereka memahami aspek menghormati budaya kaum lain, menyedari keperluan orang asli dalam aspek komunikasi dan pendidikan serta pelajar juga dapat meningkatkan kebolehan bekerja bersama komuniti orang asli
