TEKNOLOGI PINTAR: MEMACU INOVASI PERTANIAN MELALUI KOLABORASI DAN PEMINDAHAN ILMU
Sebelum projek dijalankan, pelajar didedahkan lebih kepada teori berkenaan teknologi dalam pertanian yang dijalankan pada masa kini. Antara sistem pertanian yang ditekan ialah pertanian dengan kultur tanpa tanah (hidroponik, akuaponik, fertigasi). Pemahaman pelajar kemudiannya dipraktikkan melalui pengalaman yang dialami semasa sesi program SULAM berjalan. Dengan pembinaan semula sistem tanaman atau penambahbaikan yang dijalankan bersama komuniti sasaran, pemahaman di kelas seterusnya dijelmakan secara praktikal.Dalam masa yang sama, alatan-alatan pertanian di sekolah tersebut contohnya, dapat digunakan semula tanpa ada pembaziran yang berlaku, di samping dapat memanfaatkan ilmu praktikal tersebut bersama komuniti luar.
