SUGAR AVENGERS: MISI BEBAS GULA BERMULA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA RUMAH ANAK YATIM SEKENDI, SABAK BERNAM

Impak utama program ini dapat dilihat melalui penilaian sebelum dan selepas program dengan peningkatan tahap literasi kesihatan dan kesedaran masyarakat terhadap bahaya gula. Peserta melaporkan peningkatan pengetahuan tentang risiko minuman bergula dan menunjukkan kesediaan untuk mengurangkan pengambilannya dalam kehidupan seharian. Terdapat juga kesan positif terhadap perubahan tingkah laku, di mana sebahagian peserta mula memilih minuman tanpa gula serta mengamalkan tabiat pemakanan lebih seimbang. Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja memberi kesan jangka pendek dalam meningkatkan kesedaran, tetapi juga berpotensi mewujudkan perubahan gaya hidup sihat dalam jangka panjang melalui pendidikan berterusan.