FUTURE WORK LIFE BALANCE
Program Future Work-Life Balance (FWLB) di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ)berjaya dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program UTM Service Learning Malaysia (SULAM) di bawah UGS. Program ini bukan sahaja memenuhi keperluan pembelajaran akademik pelajar tetapi juga memberikan manfaat yang signifikan kepada peserta. Dengan penglibatan penceramah jemputan seperti Dr. Zulfikar, Pengarah Pusat Kaunseling dan Psikologi UTM, yang menyampaikan ceramah interaktif mengenai kesihatan mental, pengurusan masa, dan perspektif agama dalam mencapai keseimbangan kerja dan kehidupan, program ini memberikan input yang bermakna kepada kakitangan KYPJ. Jawatankuasa pelaksana yang terdiri daripada pelajar kursus Pengurusan Sumber Manusia UTM SPACE turut berjaya memanfaatkan pengalaman ini untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam pengurusan acara.
