PROGRAM MEMBACA HIMPUNAN AKSARA, DISULAM MEMBENTUK MAKNA JABATAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKAS
Program sulam yang bertajuk “Program Membaca Himpunan Aksara, Disulam Membentuk Makna”
merupakan salah satu program penting khususnya kepada mahasiswa dan mahasiswa UPSI bagi
mendedahkan bahan bantu mengajar digital kepada peserta yang ingin meningkat pengetahuan
dalam keterampilan membaca. Melalui program ini, mahasiswa dan mahasiswi dapat meningkatkan
kebolehan diri dan menjadikan mereka lebih bersedia dalam melaksanakan tugas yang lebih
mencabar pada masa akan datang. Program ini turut dijalankan dengan matlamat untuk menyemai
keinginan para pelajar untuk meningkatkan tahap bacaan melalui bahan bantu mengajar digital.
Sehubungan dengan itu, mahasiswa dan mahasiswi UPSI berharap agar program ini dapat mencapai
objektif manakala aktiviti program yang dianjurkan dapat melibatkan kumpulan sasaran yang terlibat.
