JAYA DIRI, JAYA KERJAYA
Kepada Pelajar
- Meningkatkan kemahiran kepimpinan, pengurusan masa, dan keupayaan berkomunikasi melalui pengalaman merancang dan melaksanakan program.
- Memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan nilai kemanusiaan, empati, dan tanggungjawab sosial dalam membantu golongan kurang bernasib baik.
- Meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran pelajar dengan pengalaman berimpak tinggi yang relevan untuk kerjaya masa depan. _
Kepada Industri
- Melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang secara akademik, tetapi juga kompeten dalam kemahiran insaniah seperti empati, kepimpinan, dan penyelesaian masalah.
- Membina hubungan antara institusi pendidikan dan organisasi sosial seperti MAIWP, yang boleh menjadi rakan strategik dalam pembangunan masyarakat.
- Menyumbang kepada pembangunan modal insan yang seimbang, berdaya tahan, dan bersedia untuk menyumbang kepada industri. _
Kepada Komuniti
- Memberikan sokongan kepada golongan kurang bernasib baik, khususnya anak-anak muda, dalam mengenali potensi diri, mengurus emosi, dan merancang masa depan.
- Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pembangunan kendiri dan sokongan kerjaya untuk golongan yang memerlukan.
- Memupuk semangat kerjasama antara komuniti, institusi pendidikan, dan organisasi kebajikan untuk membantu golongan yang memerlukan secara berkesan.
