PEMBANGUNAN PERTANIAN LESTARI BERSAMA JKKK AYER MERBAU

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 1. JKKK AYER MERBAU 2. JKKK MASJID AL MARBAWI 3. KRT KG AYER MERBAU 4. KRT TAMAN ASIA SELATAN

1. PELAJAR Dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan pelbagai lapisan
masyarakat. Dapat meningkatkan kemahiran serta memberi peluang kepada mahasiswa
untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari. Meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Membangunkan kemahiran abad ke-21 pelajar seperti kebolehan untuk bekerja dengan baik bersama orang lain.
2. UNIVERSITI Meningkatkan kualiti graduan dengan memperkasakan pembangunan modal insan secara menyeluruh dan bersepadu. Membuka peluang IPT menyalurkan kepakaran dan teknologi bagi membangunkan masyarakat.
3.KOMUNITI Memberi peluang kepada komuniti untuk merancang aktiviti yang berstruktur dan mampan bagi meningkatkan sosio-ekonomi mereka. Masyarakat yang menyertai program ini banyak menimba ilmu pengetahuan yang baru terhadap topik yang dikongsi oleh mahasiswa.