TEKNOLOGI PINTAR: MEMACU INOVASI PERTANIAN MELALUI KOLABORASI DAN PEMINDAHAN ILMU

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara, dan Tabika Kemas Kampung Batu 8

Sebelum projek dijalankan, pelajar didedahkan lebih kepada teori berkenaan teknologi dalam pertanian yang dijalankan pada masa kini. Antara sistem pertanian yang ditekan ialah pertanian dengan kultur tanpa tanah (hidroponik, akuaponik, fertigasi). Pemahaman pelajar kemudiannya dipraktikkan melalui pengalaman yang dialami semasa sesi program SULAM berjalan. Dengan pembinaan semula sistem tanaman atau penambahbaikan yang dijalankan bersama komuniti sasaran, pemahaman di kelas seterusnya dijelmakan secara praktikal.Dalam masa yang sama, alatan-alatan pertanian di sekolah tersebut contohnya, dapat digunakan semula tanpa ada pembaziran yang berlaku, di samping dapat memanfaatkan ilmu praktikal tersebut bersama komuniti luar.