PROGRAM MESRA SISWA/WI BERSAMA ANAK-ANAK PERSATUAN KEBAJIKAN KEPADA PESAKIT HIV/AIDS NURUL IMAN MALAYSIA (PERNIM) DAN KELUARGA BESAR NORLINA ALAWI BHD (KBNAB)
Projek ini telah memberi nilai tambah kepada agenda kelastarian UKM serta dapat membantu dalam membentuk kemenjadian pelajar.
Projek ini memperkasa mahasiswa/wi dari pelbagai aspek seperti insaniah dan pengetahuan empirikal. Interaksi bersama komuniti PERNIM dan KBNAB berjaya membuka mata mahasiswa/wi mengenai budaya dan adat unik yang diamalkan untuk diaplikasikan semasa pengalaman bekerja nanti.
