KELAS BACAAN FONIK BAHASA MELAYU ASAS

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Pelajar Tingkatan (yang mempelajari bahasa Tamil) 1 di SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor

Program Kelas Membaca Fonik Bahasa Melayu Asas telah memberikan impak positif kepada 16 kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun di Tadika Sinar Bakti, Taman Bernam, Tanjong Malim. Pra-ujian yang dijalankan pada 30 April 2025 menunjukkan tahap kebolehan bacaan awal murid adalah rendah dengan hanya beberapa murid menguasai tahap tertentu manakala majoriti berada pada tahap asas dalam pengenalan fonem dan kemahiran membaca. Ujian ini yang merangkumi tujuh tahap diadakan selama satu jam untuk mengenal pasti keupayaan murid menyebut fonem dan membaca.
Selepas menjalani sepuluh sesi pembelajaran dari 30 April hingga 22 Mei 2025 yang merangkumi pengenalan fonem vokal, konsonan, diftong serta perkataan satu dan dua suku kata, ujian pasca pula dijalankan pada 22 Mei 2025. Ujian pasca ini juga melibatkan tujuh tahap dan hasil ujian menunjukkan peningkatan ketara dalam prestasi murid. Hasil ujian menunjukkan murid-murid meningkat dalam kemampuan mengenal pasti bunyi huruf, mengeja suku kata seperti KV, VK dan KVK dan membaca perkataan mudah seperti "tun", "lai", "cuai" dan "bola" menggunakan kaedah fonik. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti kad huruf "Alphabet Flashcards", "Kad Diftong, KV & VK" dan "Burung Hantu KVK" turut meningkatkan minat dan kefahaman murid menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan menyeronokkan. Walau bagaimanapun, beberapa murid masih memerlukan bantuan tambahan untuk menguasai kemahiran ini sepenuhnya.
Secara keseluruhan, program ini berjaya meningkatkan asas bacaan murid-murid tadika, membantu mereka memahami hubungan antara bunyi dan simbol huruf secara sistematik serta membina keyakinan dalam kemahiran mengeja dan membaca.