TAKA-FUN DAY

UNIVERSITI MALAYA Pelajar inbound dari China di Fakulti Bahasa dan Linguistik

Program ini telah memberi pelbagai manfaat kepada pelajar, termasuk peningkatan literasi kewangan dalam kalangan lebih 100 peserta yang buat pertama kalinya didedahkan secara interaktif kepada konsep takaful dan perlindungan kewangan melalui permainan dan kuiz. Seramai 24 pelajar SIM2007 berjaya melaksanakan keseluruhan program dengan menyusun atur cara, mengendalikan logistik, serta menghasilkan bahan pameran, sekali gus mengasah kemahiran insaniah seperti komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan. Selain itu, pelajar turut mendapat pendedahan kepada dunia profesional melalui kerjasama dengan Allianz Insurance Malaysia, di mana mereka berpeluang mendengar perkongsian terus daripada pakar industri, memahami laluan kerjaya dalam bidang kewangan dan insurans, serta membina hubungan awal dengan wakil industri yang boleh membuka peluang jaringan profesional dan kerjasama masa hadapan.