PROGRAM MEMBUDAYAKAN DIGITALISASI PEDAGOGI BAHASA 8.0 (PENDEKATAN SULAM: KHIDMAT KOMUNITI DIGITAL DI SEKOLAH)
1. Memberi pendedahan dan pengalaman sebenar pelaksanaan PdPc di luar bilik darjah dan membina hubungan bersama komuniti sekolah kepada pelajar Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian (BPBMdK) yang terlibat dengan Program Membudayakan Digitalisasi Pedagogi Bahasa 8.0 2025 (Pendekatan Sulam: Khidmat Komuniti Digital di Sekolah).
2. Meningkatkan Jaringan Industri dan Masyarakat Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia dengan SMK Taman Melati.
3. Meningkatkan integriti pelajar Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia melalui pendedahan pelbagai aktiviti, teknik dan dapat melakukan inovasi bahan pembelajaran berasaskan kemahiran TMK.
4. Kewujudan budaya interaksi sosial yang sihat dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dengan industri penghasilan produk digital kreatif.
