PROJEK SULAM 2024: PEMASANGAN "INTRUDERS DETECTOR” DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH PASIRRIS BATU PAHAT

Guru dan Staf di Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat

Sebelum Projek: Terdapat keperluan sekolah untuk mengetahui pergerakan haiwan liar seperti monyet dan haiwan liar lain yang merosakkan fasiliti sekolah. Selepas Projek : Pergerakan aktiviti haiwan liar yang menghampiri sekolah dapat dipantau melalui saluran Telegram. Impak kepada pelajar SULAM : Dapat mengaplikasi projek sebenar di lapangan sebenar serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi bersama komuniti melalui perjumpaan 'site visit', mendengar dan memahami keperluan komuniti tersebut.