KEM IBADAH SENI ISLAM WARISAN UMMAH

UNIVERSITI MALAYA Tadika KEMAS Sri Melati (pelajar, ibu bapa, pentadbiran dan guru)

Kami telah melakukan pelbagai aktiviti bagi mengukuhkan serta melahirkan keyakinan dalam diri para peserta. Kami menggunakan bahan bantu mengajar bagi meningkatkan kefahaman peserta sekaligus membantu kelancara aktiviti. Antaranya ialah LDK “membina replika masjid” yang dimana aktiviti ini memberikan peluang untuk mereka bercakap dan mengemukakan sebarang idea antara ahli kumpulan. Justeru itu, mereka berpeluang menunjukkan bakat seni mereka dalam membina replika masjid. Kaedah interaksi dua hala ini membentuk keyakinan dalam diri mereka untuk maju ke hadapan dan lebih bersifat terbuka.