AN INTRODUCTORY MEAT PRODUCTION EXPERIENCE FOR PRIMARY SCHOOL STUDENTS
1.
Mahasiswa/i jurusan Teknologi Makanan dapat memupuk sikap kerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain dalam merancang serta melaksanakan program yang memberi manfaat kepada masyarakat, mengembangkan kemahiran komunikasi, menyelesaikan masalah, dan kepimpinan melalui penglibatan dalam program ini.
2.
Universiti akan mendapat pengiktirafan sebagai sebuah institusi yang menghasilkan graduan prihatin, mempunyai semangat kesukarelaan dan komitmen yang tinggi untuk menyumbang segala bentuk idea dan ilmu kepada komuniti.
3.
Pelajar sekolah dapat mempelajari konsep-konsep asas teknologi makanan khususnya serta menunjukan minat dan kreativiti mereka melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara interaktif.
4.
Pelajar akan dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang teknologi makanan bagi membantu meningkatkan kualiti hidup komuniti, menjadikan hubungan antara universiti dan komuniti lebih erat dengan kolaborasi yang dirancang serta dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain.
5.
Pelajar, tenaga pengajar, dan komuniti akan bekerjasama dalam merancang dan melaksanakan program-program yang memberi manfaat kepada semua pihak.
