PROGRAM BIMBINGAN DIGITALISASI PEMASARAN UNTUK USAHAWAN KOMUNITI DESA (WANITA DAN IBU TUNGGAL)
A) IMPAK KEPADA MASYARAKAT
SEBELUM:
1. Usahawan desa tiada idea dalam mendigitalisasikan proses pemasaran produk untuk meningkatkan jualan produk usahawan desa.
SELEPAS:
1. Usahawan desa dapat menggunakan daya kreativiti dan inovasi dalam mendigitalisasikan proses pemasaran produk untuk meningkatkan jualan produk usahawan desa.
B) IMPAK KEPADA PELAJAR
SEBELUM:
1. Pelajar tidak dapat memahami konsep dan pelaksanaan digitalisasi pemasaran.
2. Pelajar tidak dapat menggunakan daya kreativiti dan inovasi dalam mendigitalisasikan proses pemasaran produk untuk meningkatkan jualan produk usahawan desa.
SELEPAS:
1. Pelajar dapat memahami konsep dan pelaksanaan digitalisasi pemasaran dan perniagaan melalui pemindahan ilmu kepada usahawan desa.
2. Pelajar dapat menggunakan daya kreativiti dan inovasi dalam mendigitalisasikan proses pemasaran produk untuk meningkatkan jualan produk usahawan desa.
C) IMPAK KEPADA INDUSTRI/ KEMENTERIAN/ JABATAN/ AGENSI/ NGO TERLIBAT
SEBELUM:
1. Hasil perbincangan 'pre dan post' program SULAM BTMT 3383 dengan Pusat Komuniti Desa Kementerian Luar Bandar Negeri Sembilan dan Melaka dan Pejabat DUN Bukit Katil, menunjukkan bahawa para usahawan desa wanita dan ibu tunggal amat memerlukan bimbingan kejurulatihan perniagaan dan perkhidmatan kepakaran digitalisasi perniagaan dan pemasaran dari kursus SULAM BTMT3383 yang berterusan demi kelangsungan perniagaan dan kehidupan mereka.
SELEPAS:
1. Pusat Komuniti Desa Kementerian Luar Bandar Negeri Sembilan dan Melaka mahu SULAM Digitalisasi Perniagaan dan Pemasaran kursus BTMT 3383 dikekalkan di dalam Komuniti Desa Bukit Katil dan diperluaskan kepada Pusat Komuniti Desa yang lain dalam DUN negeri Melaka.
