VIRTUAL GERMS, REAL CHANGES - JALINAN KASIH KESIHATAN ORANG ASLI
Penyertaan dalam program “Virtual Germs, Real Change” telah memberikan kesan yang mendalam terhadap pembangunan sahsiah, profesionalisme, dan kecekapan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan dan Kesihatan UniSZA. Melalui penglibatan langsung bersama komuniti Orang Asli, pelajar bukan sahaja memperoleh kemahiran teknikal dan akademik, malah berkembang dari segi kepimpinan, komunikasi, dan kepekaan sosial.
