CROSS-BORDER LEARNING: OUTBOUND ODYSSEY FOR ECONOMICS STUDENTS
Memberi pendedahan antarabangsa kepada pelajar dalam memahami isu-isu ekonomi dan kelestarian dari perspektif global. Melalui sesi akademik bersama Universitas Islam Bandung (UNISBA), lawatan industri, pertukaran budaya serta penglibatan dengan NGO komuniti di Lembang, pelajar berpeluang mengaplikasikan ilmu secara praktikal. Program ini turut memperkukuh kemahiran insaniah seperti komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan, serta memperluas jaringan kerjasama antara institusi pengajian tinggi Malaysia dan Indonesia.
